Friday, August 5, 2011

STATISTIK RAKAN FACEBOOK SAYA!



Saya baru buat statistik tentang rakan-rakan Facebook saya. Hasilnya, 63.16% adalah schoolmates saya, 19.72% SIIUC's, 9.87% keluarga, 6.58% lain-lain dan 0.66% rakan bisnes.

Menurut hasil kajian itu lagi (cewah!) 93.354% daripadanya adalah orang yang memang saya kenal atau pernah kenal sebelum ini. Kesimpulannya, saya hanya fokus untuk add friends dari kalangan pengguna Facebook yang saya kenal dan merupakan rakan-rakan sekolah saya. I love my schoolmates!

Persoalannya, mengapakah saya fokus pada rakan-rakan sekolah melebihi rakan-rakan SIIUC?

Jawapannya, kenangan dan nilai...

Di sekolah, kenangan-kenangan semasa di tingkatan 1 hingga 5 tidak begitu berbekas dalam hati. Tapi yang paling penting kenangan manis memang melebihi kenangan pahit.

Semasa di tingkatan 6, tidak dinafikan kenangan pahit memang mengisi setiap ruang waktu, tapi ukhuwah kami memang kuat. Susah senang, nangis ketawa sama-sama. Pahit sepahit hempedu pun masih lagi mampu saya telan. Sebab itulah saya tidak pernah mahu lupa segala kenangan di sekolah dulu. Saya sayang kawan-kawan saya!

Di kolej pula, tiada apa yang mahu saya kongsikan. Studi, kawan-kawan, sikap, masalah...

Pada awalnya saya cuba bina links sekuat dan sepanjang yang mungkin, tapi... Mungkin betul kalau saya katakan makin panjang hidup seseorang itu, makin dia tahu berfikir, makin banyak pula masalah yang timbul.

Sikap adalah sesuatu yang amat mengecewakan saya. Sikap manusia SIIUC yang pelbagai merupakan suatu ujian besar bagi saya.

Rasanya tidak perlu saya khususkan di sini apakah sikap itu, cukup untuk saya katakan perjalanan kita masih panjang maka belajarlah dari pengalaman yang dapat dikutip di sepanjang perjalanan itu. Yang paling penting sekali berubahlah kepada sikap yang lebih baik.

SIIUC's pasti lebih faham apa yang saya cuba sampaikan.

However ini bukanlah untuk menafikan bahawa ramai juga sahabat yang sangat-sangat saya sayangi di situ, yang sangat baik, yang sangat memahami, yang sangat supportive. Cumanya 'kegagalan' (gagal?) untuk bina ukhuwah amat saya dirasai kehilangannya. Kesimpulannya, hidup di kolej memang perit!

So my ex-schoolmates, I'm in Facebook because of you guys!

Salam penuh keberkatan!



NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
26 Mac 2010M
http://aisyahumyra.com
http://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India