Friday, August 5, 2011

RAHSIA KEJAYAAN KURA-KURA



Keluarga saya ada membela dua ekor kura-kura yang nama saintifiknya red-eared terrapin, macam yang dalam gambar tu. Kalau tak salah yang anda lihat tu male terrapin kerana corak di cengkerang belakangnya jelas dan lazimnya male terrapins lebih kecil berbanding female terrapins.

Sebagai pengenalan, kura-kura terbahagi kepada dua jenis; kura-kura air (terrapin) dan kura-kura darat (tortoise). Kura-kura yang saya bela dipanggil red-eared berdasarkan jalur merah/oren yang ada di sebelah matanya dan ia adalah sejenis kura-kura air.

"Apa keistimewaannya membela terrapins ni?" Saya rasa inilah soalan yang membelenggu pemikiran semua (yang tak berminat dengan terrapins la, yang minat tu dah tentu mereka fight balik hehe..). Saya pun pernah tertanya-tanya soalan serupa awal-awal membela terrapins ini.

Actually, akibat kebosanan selepas SPM adik bongsu saya yang pandai-pandai nak bela terrapins. Lepas tu bila dapat panggilan kemasukan ke PSIS, tanggungjawab membela terrapins ni jatuh pada saya pula huhu..

6 bulan jugalah saya bela terrapins ni di kolej independently. Makanannya, aquariumnya, kebersihannya dan ubatannya sayalah yang uruskan sendiri dan sebahagian besarnya menggunakan perbelanjaan sendiri.

Banyak kebaikannya bela haiwan ni, antaranya:
1) time management, pengurusan wang n pengurusan kasih sayang (lebih kurang macam bela anak angkat la)
2) pengajaran yang kita boleh kutip melalui kelakuan haiwan

Tahu tak, rupa-rupanya terrapins ni walaupun ia haiwan pemalu tapi hatinya cekal dan ia kuat usaha.

Tak percaya?

Biasanya saya akan lepaskan terrapins saya dalam washroom supaya ia boleh melata dan berjemur. Kedudukan washroom biasanya jauh lebih rendah dari kawasan lain untuk mengelakkan air melimpah jadi keberangkalian untuk terrapin sebesar tapak tangan untuk keluar hampir mustahil (sebab kaki terrapin pendek. Kesian..).

Apa yang terrapins saya buat?

Ia cuba untuk memanjat keluar sampailah berjaya. Walaupun 95% daripada 'cubaan untuk melarikan diri' berakhir dengan kegagalan, ia tidak pernah letih untuk berusaha. Kalau letih, rehat sekejap kumpul tenaga (mungkin juga kumpul strategi) kemudian usaha lagi.

Begitu juga kita, perlu hati cekal dan kuat usaha. Walaupun tahu kebarangkalian untuk berjaya itu rendah tapi ia bukanlah kredit untuk kita mengalah. Usaha, usaha, usaha, berdoa dan barulah bertawakal.

Semanis kejayaan itu adalah apabila diusahakan sepenuh hati dan usaha. Belajar dari kegagalan, bina strategi dan jangan putus asa. Diam-diam ubi berisi. Rahsia kejayaan kura-kura!

Tak percaya lagi?

Saya sarankan anda bertanya kawan-kawan lain yang juga membela terrapin, pasti mereka ada jawapan yang hampir sama.

Salam penuh keberkatan!



NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak
29 Mac 2010M
http://aisyahumyra.com
http://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India