Monday, August 8, 2011

AGENDA, OH AGENDA

Tak cukup masa atau tak pandai urus masa?


Huh~

Sudah lama saya tidak ber'blogging' (bagi seorang blogger yang berdedikasi (ahaks!), 5 hari itu sudah cukup lama). Banyak betul agenda yang belum selesai. Antaranya:

  1. Habiskan baca buku-buku yang berlambak-lambak saya beli tapi baru baca tak sampai 10 pages.
  2. Habiskan baca eBook 101 Cara Promosi Perniagaan Internet Anda yang baru dibaca sampai point ke-13 (meanwhile saya masih lagi menunggu pakcik posmen menghantar CD Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Anda Yang Pertama! yang saya order minggu lepas...)
  3. YM dengan si Fitriah tentang HPA (dah sebulan pending disebabkan faktor masa)
  4. Jahit seluar slack (reshaping)
  5. Develop and manage my weblog
  6. Bla.. bla.. bla..

Antara semua agenda tu, saya sekarang sedang fokus pada point ke-5. Pening betul dengan bahasa IT ni. Selagi tak complete memang rasa tak puas hati. Alang-alang makan nasi tu biar sampai habis!

Semasa di kolej dahulu saya ambil subjek IT (wajib) sewaktu semester 3, jadi ilmu tu memang tak cukup. Apa yang saya belajar itu pun 50-60 peratus daripadanya adalah basic knowledge yang memang saya sudah al-maklum.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka-mereka yang banyak membantu saya. Main sifu saya tak lain tak bukan Atiqah (TQVM sifu!). Sifu saya ini suggest saya banyak buat homework dengan justkhai.com.

Tutorial dalam justkhai.com untuk newbie memang banyak dan terperinci jadi saya pun suggest kepada anda untuk refer web ini in case kalau anda baru buka weblog dengan domain name sendiri. Walaupun begitu ini tidaklah bermakna saya peminat justkhai.com atas beberapa faktor yang tidak perlu saya sebutkan di sini.

Anyway, sebenarnya antara sebab banyak agenda saya tergendala mungkin kerana saya sudah selalu sia-siakan waktu dhuha. Rezeki susah betul nak masuk sehingga semudah menjahit seluar pun tak lepas-lepas lagi. Tak boleh jadi ni...

ALLAH tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tak mengubah nasib mereka sendiri. Apa yang terjadi ke atas manusia itu adalah dari tangan-tangan mereka sendiri.

Orang yang celaka adalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam. Wahh!!

Salam penuh keberkatan!

P/s: Links di atas bukanlah bertujuan untuk mempromosi web-web tersebut. Sekadar mahu berkongsi perkara berharga yang saya dapat dari links tersebut dengan anda.



Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak
6 April 2010M
http://aisyahumyra.com
http://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000079150492

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India